top of page

SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Tampasak mempunyai sejarah yang kaya dan bermakna. Pada 29 Mac 1969, sekolah ini dibuka hasil usaha bersama oleh K.K. Jambul Bin Tunggor, Ketua Kampung Tampasak, dan penduduk kampung. Upacara pembukaan dirasmikan oleh Haji Ali Bin O.K.K. Harun, Ketua Daerah Kinabatangan ketika itu.

​

Cikgu V. Nasip Taupak bertanggungjawab sebagai Guru Besar untuk mengurus perjalanan sekolah baru ini. Pada masa itu, terdapat sebanyak 45 orang murid yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Tampasak.

Bangunan sekolah ini merupakan usaha Kerajaan Negeri. Pada masa ini bangunan sekolah terdiri daripada sebuah bilik darjah, bilik am, rumah guru, dan tandas guru serta murid.

​

Pada tahun 1981, atas arahan Pegawai Pendidikan Bahagian,Haji Sabardin Haji Zainudin, sekolah ini dipindahkan ke seberang sungai Millian, untuk memudahkan akses dengan menggunakan jalanraya. Sepanjang tahun 1981 hingga 1984, sekolah telah meminjam bangunan balai raya kampung untuk menjalankan sesi persekolahan harian, sementara menunggu tapak dan bangunan sekolah baru dibangunkan.

​

Pada tahun 1984, sekolah telah mendapat bangunan yang baharu melalui projek kilat. Bangunan baru ini diperbuat daripada kayu dan terbahagi kepada sebuah bangunan yang mempunyai 3 bilik darjah, sebuah bilik guru, sebuah bilik guru besar dan sebuah bilik am. Bangunan ini masih digunakan oleh sekolah sehingga kini (Blok 1). Tambahan lagi, sebuah rumah guru juga telah dibina (Blok Rumah Guru 2), dan terdiri daripada 2 unit bercantum. Tambahan lagi, 2 blok tandas juga telah dibina dan terdiri daripada 3 unit tandas dalam 1 blok.​

​

Pada tahun 2002 sekolah telah mendapat sebuah blok bangunan baharu yang terdiri daripada 2 kelas dan 1 bilik mesyuarat (Blok 2 PDP). Tambahan lagi, sekolah juga telah mendapat sebuah rumah guru yang terbahagi kepada 2 unit (Blok Rumah Guru 1). Selain daripada itu, sekolah juga telah mendapat kemudahan komputer, akses jalur lebar dan juga penjanakuasa bagi pelaksanaan program PPSMI.

​​

Pada tahun 2011, sistem solar hibrid telah dibangunkan di sekolah untuk menampung penggunaan elektrik di sekolah. Sistem solar hibrid ini terdiri daripada sebuah dewan solar, bilik bateri dan juga bilik jenset*

.

.

.

.

Pada Januari tahun 2024, kerajaan Negeri Sabah telah memeruntukkan sebanyak RM100,000 untuk tujuan pembinaan dan pembaikkan tandas semasa. Projek tandas telah disempurnakan oleh pihak kontraktor Bell Enterprise dan dipantau oleh Pejabat Daerah Tongod. Tandas lama 1 unit 2 pintu telah diruntuhkan untuk memberi ruang kepada tandas baru berkapasiri 4 pintu dalam 1 unit. Tandas lama juga telah dinaiktaraf dan diperbaiki.

​

Pada bulan Mac 2024, sistem solar hibrid telah dinaiktaraf daripada menggunakan jenset sebagai bekalan jana kuasa sandaran untuk mengecas bateri solar kepada SESB sebagai jana kuasa sandaran untuk mengecas bateri. Pada bulan Julai 2024, sistem perwayaran luar rumah juga telah disemak semula oleh pihak kontraktor solar (Jong Sarat) atas isu bekalan kuasa terputus akibat kebocoran litar bumi.

​

​

*Rujuk semula

bottom of page