top of page
Writer's pictureSK TAMPASAK KPM-SK-Admin

Else Kaldin dan Jutilia Fiovila Juslin berjaya meraih tempat ke-6 dalam daerah dalam pertandingan Scrabble.

19 Julai 2024 | SK Telupid Batu 4


Dua orang murid Tahun 6, telah berjaya meraih tempat ke-6 (daripada 18 buah sekolah) dalam pertandingan Scrabble peringkat daerah Telupid/Tongod daripada. Else Kaldin (12) dan Jutilia Fiovila Juslin (12) di bawah bimbingan Cg. Florence Danius dan juga Cg. Russel Junior Julius. Pencapaian ini merupakan satu lonjakkan yang jauh jika dibandingkan dengan pertandingan yang sama pada masa lalu.


Pada 18 Julai 2024 (Hari pertama) pasukkan scrabble sekolah telah berjaya megalahkan pasukan dariapada SK Kiabau dalam pusingan pertama dengan keputusan 271-183. Pada pusingan kedua, mereka sekali lagi meraih kemenangan menentang SK Keramuak dengan mata 275-212.


Pada 19 Julai 2024 (Hari kedua) Pasukkan scrabble sekolah berjaya meraih kemenangan sekali lagi menentang SK Bintang Mas dengan mata 296 - 140. Pada pusingan keempat, SK Tampasak tewas di tangan juara pada tahun lepas, SK Entilibon dengan markah 235-241. Pada pusingan akhir, pasukkan scrabble sekali lagi tewas tipis kepada SK Buis K9 dengan mata 239 - 244.



Biarpun tidak mendapat tempat dalam ranking top-5 daerah, pasukkan sekolah telah menunjukkan semangat kesukanan yang amat tinggi dan kekal bersemangat. Mereka juga telah berjanji akan melatih adik-adik mereka yang masih bersekolah di SK Tampasak agar dapat mencapai tempat yang lebih tinggi pada tahun hadapan.



10 views0 comments

Comentarios


bottom of page