top of page
Writer's pictureWordPress Import

SAMBUTAN TAHUN BAHARU CINA 2013 SK TAMPASAK

Updated: Aug 3


Sambutan Tahun Baharu Cina 2013 Sk Tampasak Telupid

Agak pelik untuk sekolah yang bukan berstatus SJK (C) atau sekolah yang tidak mempunyai murid yang berketurunan cina menyambut mini perayaan Tahun Baharu Cina di sekolah mereka. Tetapi menyambut satu-satu perayaan bukanlah semata-mata kerana bangsa, tetapi sesuai dengan kehendak 1 Malaysia yang disarankan oleh pemerintah kita, apa salahnya untuk meraihkannya. Tujuan utama sambutan Tahun Baharu Cina di adakan di sekolah ini adalah untuk memberi peluang kepada murid-murid Sk Tampasak untuk merasai sedikit suasana Perayaan Tahun baharu cina walaupun pada hakikatnya kami (Guru-guru) sebenarnya tidak merayakan perayaan ini mahupun tahun tentang rutin atau bagaimana suasana perayaan Tahun baharu Cina yang sebenarnya. Oleh kerana Tahun baharu Cina sinonim dengan Mercun, bunga api dan limau mandarin, maka, semua “perkara” tersebut dimasukkan dalam sambutan tahun baharu cina yang telah diadakan di SK Tampasak Telupid seminggu selepas cuti perayaan tahun baharu Cina 2013 (Tahun Ular). Tarian Singa? (Oh Tidakk), pihak pengelola tidak menyediakan persembahan Tarian Singa dalam majlis ini atas sebab kos dan jarak sekolah yang agak jauh dari Pekan dan ia pasti memakan kos yang sangat besar,tetapi persembahan bunga api masih di “adakan” pada sebelah petang. Apa sekalipun, sekurang-kurangnya, pihak sekolah cuba sedaya upaya untuk menghidupkan suasana perayaan / sambutan utama di Malaysia. Sedikit gambar yang sempat diambil sepanjang majlis tersebut.



Sepanjang majlis ini berlangsung, semua guru ada mengambil gambar tetapi Admin (lupa kumpul), jadi hanya gambar-gambar ini sahaja yang ada dalam simpanan admin.

Sekian. STBC 2013. ~Admin.

0 views0 comments

Comments


bottom of page