top of page

Profil Am Sekolah

Stationary photo

Sekapur Sireh

IAP_edited_edited.png

IAP BIN GUDUH
Guru Besar SK Tampasak
2023-kini

Dari meja pengurusan sekolah,

 

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan selamat datang dan terima kasih kepada semua pembaca khas warga sekolah ini sendiri dan amnya para pengunjung yang sudi ingin tahu akan sebuah nama sekolah bernama Sekolah Kebangsaan Tampasak Telupid/Tongod, Sabah.

 

Di kesempatan ini, saya ingin menyeru semua pihak, terutamanya yang mempunyai hubungan langsung dengan SK Tampasak Telupid/Tongod, agar dapat bersama-sama memperkasakan sekolah ini dalam semua bidang sehingga visi kita untuk menjadikan SK Tampasak ini sebagai salah satu institusi yang disanjung dan disegani kelak akan tercapai. Saya yakin bahawa warga pendidik SK Tampasak ini berkapasiti meneruskan peranannya untuk membina dan melahirkan modal insan yang berintegriti, kreatif, inovatif, serta mempunyai perkembangan yang holistik, dan berdaya saing di peringkat global. Saya akan berusaha dan melakukan yang terbaik untuk kegemilangan SK Tampasak Telupid/Tongod ini sebagaimana yang diharapkan oleh semua stakeholders.

 

 Akhir Kata, buat semua guru yang saya amat hormati dan sayangi, marilah bersama-sama menyelami dan merenungi pandangan frasa dan ayat-ayat berbisa ini.

 

"Kesilapan seorang doktor akan menyebabkan kematian seorang pesakitnya, tetapi Kesilapan seorang guru akan merosakkan satu generasi yang dididiknya". “Seorang guru bukan manusia-manusia hebat, tetapi manusia-manusia hebat di muka bumi ini bermula dari seorang guru”

 

Jadi jadilah guru Hebat, Pembina Wawasan Negara Madani.

 

 

“MALAYSIA MADANI”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sosial berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.  Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat  Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara.

Visi & Misi Sekolah

Visi

Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik,Negara Sejahtera

Misi

Memastikan semua program pendidikan dan perkhidmatan sokongan dilaksanakan dengan berkualiti untuk mencapai hasil kemenjadian yang cemerlang dan berintegriti selaras dengan budaya TS25. Menjulang karmah insaniah murid melalui pemantapan akhlak murni yang berterusan

Slogan

Let's work together

Moto

Ilmu teras kejayaan

Piagam Pelanggan

Kami warga sekolah kebangsaan tampasak telupid/tongod dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan tenaga dan usaha kami untuk;

Melayani setiap murid secara sama rata tanpa syarat dan penuh dedikasi.

Menjalin hubungan berintegriti dengan ibubapa, masyarakat serta komuniti sosial yang lain demi kemajuan sekolah dan kemenjadian murid.

Mengambil tindakan sebarang teguran dalam masa 14 hari dari tarikh teguran diberi.

Sekolah Kebangsaan Tampasak

Menjunjung harapan negara

Menjadi insan yang berguna

Berpegang "Ilmu Teras Kejayaan"

Didikan guru dan ibu bapa

Tersemat dihati dituruti

Jadi mulia kerana ilmu

Disanjung kerana budi pekerti

​

Cho:

Adil, sabar, jujur dan tekun

Beretika berdisiplin

Akhlak dan pelajaran seiring

Jati diri terpuji

​

Hormat dan taat kepada Tuhan

Jalan menuju kecemerlangan!

bottom of page