top of page
Writer's pictureSK TAMPASAK KPM-SK-Admin

Hari Bertemu Pelanggan SK. Tampasak


15 Ogos 2024 | Dewan Terbuka Solar


Hari bertemu pelanggan (Dialog Prestasi bersama PIBG) merupakan satu hari yang amat penting dalam proses peningkatan kualiti pendidikan kanak-kanak di sekolah. PIBG memainkan peranan penting dalam perkembangan pendidikan murid-murid baik di rumah ataupun di sekolah. Dengan mengadakan hari bertemu pelanggan ini, pihak guru-guru dapat berkomunikasi secara langsung bersama dengan ibu bapa dan penjaga murid. Dengan ini, ibu bapa akan lebih faham tentang kekuatan, kelemahan dan keperluan anak-anak mereka dari segi pendidikan. Tambahan lagi, melalui pertemuan ini, guru-guru dan ibu bapa dapat berkolaborasi dengan lebih efektif dalam merancang jalan penyelesaian terhadap sebarang isu atau kekangan yang dihadapi oleh anak-anak mereka di sekolah.


Sewaktu hari bertemu pelanggan dijalankan di sekolah, keputusan PBD murid bagi Pentaksiran Pertengahan Sesi Akademik (PPSA) telah dijana oleh penyelaras PBD en. Russel Junior Julius dan telah diserahkan kepada guru-guru kelas berikut;


  1. Cik Andreaty Elda Yapan

  2. Encik Winston Labi bin Kalau

  3. Cik Debora binti Jaimin

  4. Encik Kaldin Lampakas

  5. Puan Florence Danius

  6. Puan Marcella Damsi


Sambutan daripada pihak PIBG pada masa itu amatlah menngalakkan. 85% daripada semua PIBG telah hadir dan menerima laporan daripada guru-guru kelas masing-masing. Ucapan pembukaan daripada setiap penolong kanan sekolah telah disampaikan. Encik Aenndy Alexy bin Jasli (PK Kokum) telah membentangkan secara ringkas tentang aktiviti kokurikulum sekolah termasuk sukan-sukan sekolah. Beliau juga telah menyatakan bahawa sekolah telah mengambil inisiatif untuk mewujudkan uniform kokurikulum yang seragam bagi semua murid. Puan Agnes Alice John (PK HEM) telah membentangkan isu-isu berkaitan dengan kehadiran murid yang semakin merosot. Encik Russel Junior Julius (PK 1) telah membentangkan serba sedikit berkaitan dengan PBD dan bagaimana cara PBD dijalankan di peringkat sekolah dan bilik darjah. Beliau juga telah mewakili Guru Besar, Encik Iap bin Guduh untuk menyampaikan beberapa pesanan daripada guru besar. Antara pesananan yang disampaikan ialah ucapan tahniah dan terima kasih kepada semua ibu bapa yang telah berjaya menghadirkan diri. Beliau juga telah menyampaikan pesanan aga ibu bapa membantu sekolah untuk menangani isu buli yang semakin berleluasa di peringkat sekolah. Tambahan lagi, beliau juga menyarankan ibu bapa dan juga guru untuk mewujudkan kebitaraan sekolah.


Semasa program berjalan, ibu bapa dan penjaga bergerak ke kaunter kelas masing-masing bersama anak jagaan untuk menerima keputusan dan komen-komen dariapda guru kelas masing-masing. Program kemudian ditutup dengan nyanyian lagu sekolah SK Tampasak.


Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih dan tahniah kepada semua ibu-bapa yang terus bersemangan dalam membantu sekolah meningkatkan kualiti pendidikan kanak-kanak agar masa hadapan mereka lebih baik.

5 views0 comments

Comments


bottom of page