top of page
Writer's pictureSK TAMPASAK KPM-SK-Admin

Dialog Prestasi Bilangan 1. Sesi 2024/2025

6 Ogos 2024 | Bilik Mutatabang SK Tampasak



Dialog prestasi merupakan satu medium yang digunakan oleh warga pendidik untuk membincangkan prestasi murid semasa, isu-isu yang menyukarkan sasaran tercapai, amalan terbaik dan juga masalah-masalah lain yang berkaitan dengan PBD.


PK Kurikulum, En. Russel Junior Julius, telah membentangkan pencapaian semasa Pentaksiran Pertengahan Sesi Akademik (PPSA) 2024-2025. Semasa dialog ini, terdapat beberapa isu yang telah dikesan menjadi penghalang kepada pencapaian yang lebih tinggi dalam kalangan murid. Antara isu yang dikesan termasuklah kehadiran yang kurang memuaskan, pengaruh media sosial dalam kalangan murid yang menyebabkan mereka lebih mengaplikasikan bahasa Indonesia berbanding bahasa Melayu, isu murid belum mengenal huruf dan nombor dan juga perekodan PBD yang tidak teratur.


Selain daripada itu, terdapat beberapa perkongsian yang telah dilakukan oleh guru-guru berkenaan dengan amalan-amalan terbaik yang telah mereka usahakan di dalam kelas masing-masing demi membangun akademik murid. Cikgu Kaldin Lampakas telah mengongsikan beberapa teknik dan langkah yang telah beliau gunakan untuk mengesan kelemahan murid, seterusnya memperbaiki kelemahan tersebut. Cikgu Russel Junior Julius juga telah mengongsikan sebuah platform perekodan PBD yang telah beliau gunakan untuk merekod PBD murid-murid dengan lebih konsisten dan efisyen.


Akhir sekali, Guru Besar, En. Iap bin Guduh berpesan agar guru-guru mengambil inisiatif untuk meningkatkan lagi prestasi sekolah berdasarkan dapatan melalui perkongsian data PBD dan juga amalan terbaik semasa dialog prestasi tersebut.

3 views0 comments

Comments


bottom of page