top of page
Writer's pictureRussel Junior Julius

Karnival Akademik mendapat sambutan hebat daripada murid-murid

24 Julai 2024 | Kawasan Sekolah SK Tampasak


Karnival akademik merupakan salah satu inisiatif sekolah untuk menimbulkan rasa semangat untuk belajar dalam kalangan murid.


Kepentingan Aktiviti Akademik di Luar Bilik Darjah

Aktiviti di luar bilik darjah memainkan peranan penting dalam perkembangan holistik pelajar. Berikut adalah beberapa kepentingan aktiviti akademik di luar bilik darjah:

  1. Pengembangan Kemahiran Diri: Melalui aktiviti luar bilik darjah, pelajar dapat mengembangkan kemahiran kepimpinan, kerjasama dalam pasukan, komunikasi, dan pengurusan masa. Ini membantu mereka menjadi individu yang lebih berdaya saing dan proaktif.

  2. Kesihatan Fizikal dan Mental: Aktiviti luar bilik darjah, seperti sukan, memberikan peluang untuk meningkatkan kesihatan fizikal dan mental. Pelajar yang aktif secara fizikal cenderung lebih bertenaga dan fokus dalam pembelajaran.

  3. Penyemai Bakat dan Minat: Aktiviti kokurikulum membolehkan pelajar mengejar minat dan bakat yang dimiliki. Ini membantu mereka menemui potensi diri dan menonjolkan kebolehan dalam bidang tertentu.

  4. Hubungan Sosial: Aktiviti luar bilik darjah memperkukuhkan hubungan dan pergaulan antara pelajar. Mereka berinteraksi dengan rakan sebaya yang berbeza kelas, umur, dan latar belakang, tetapi berkongsi minat yang sama.

  5. Pembelajaran Tidak Formal: Aktiviti luar bilik darjah memberikan pembelajaran yang tidak formal, di mana pelajar dapat bertanya, berdiskusi, dan menjelaskan pemikiran mereka. Ini melatih kemahiran berfikir kritis dan kreativiti.

Jadi, melibatkan diri dalam aktiviti akademik di luar bilik darjah bukan sahaja memperkayakan pengalaman pendidikan, tetapi juga membentuk individu yang seimbang dan berdaya saing.


Antara aktiviti karnival yang telah dijalankan ialah;


Pertandingan Kuiz Matematik


Pertandingan Membina Jambatan Menggunakan Kayu Lidi



Pertandingan Membina Payung Terjun



Pertandingan kuiz Kahoot Bahasa Inggeris



Pertandingan Vocabulary Rush



Aktiviti Nilai Kerjasama dan Lakonan Situasi



Pertandingan Manangon Bahasa Kadazan Dusun



Kesemua aktiviti telah disambut dengan meriah oleh murid-murid SK Tampasak. Ini kerana dengan adanya aktiviti ini, murid dapat menggunakan pengetahuan yang telah mereka pelajari di dalam kelas dan mengaplikasikannya di luar bilik darjah mengikut situasi.


26 Julai 2024 | Dewan Solar SK Tampasak


Bagi menutup tirai karnival akademik peringkat SK Tampasak, sebuah majlis perasmian penangguhan telah dijalankan. Semasa majlis tersebut, penyampaian hadiah telah dijalankan kepada pemenang-pemenang pertandingan. Beberapa persembahan juga telah ditayangkan bagi menghiasi tirai pengangguhan majlis. Antara persembahan yang telah dipersembahkan termasuklah nyanyian lagu duet, tarian tradisi, nyanyian solo dan juga persembahan tayangan montaj. Majlis tersebut kemudian dirasmikan oleh Guru Besar, En. Iap bin Guduh. Dalam ucapan perasmiannya, beliau menyatakan harapan agar semua yang telah dipelajari oleh murid sepanjang karnival ini berjalan, dapat ditanam di dalam diri agar daat digunakan pada masa hadapan.


Montaj Karnival Akademik



17 views0 comments

Comments


bottom of page