top of page
Writer's pictureWordPress Import

KEM MOTIVASI UPSR PERINGKAT SK TAMPASAK 2012

Updated: Aug 3


Pada 19 – 21 April 2012 lalu, Sk.Tampasak telah mengadakan satu perkemahan khas untuk murid-murid yang bakal menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Rendah (UPSR) Tahun 2012. Tetapi pihak pengelola turut bersetuju untuk memilih beberapa orang murid tertentu dari kelas tahun 5 dan tahun 4 sebagai persediaan untuk menghadapi peperiksaan kelak. Seramai 30 orang murid terlibat secara langsung dan semua kakitangan sekolah termasuk guru dan KTBM bergabung tenaga untuk menjayakan program ini yang dijalankan selama tiga hari berturut-turut.

Sekali lagi pada tahun ini, Saudara Jusine.K telah dilantik sebagai Ketua Komanden untuk Kem Motivasi yang turut di bantu oleh Pen.Kem Komanden 1,Saudara Zailani.Y dan Pen.Kem Komanden 2, Saudara Razwan.G. Walaubagaimanapun, Salah seorang guru terpaksa menghadiri kursus Guru Baharu yang telah diadakan serentak dengan tarikh Kem Motivasi ini. Kekurangan ahli pasukan pengelola tidak menjejaskan semangat Para guru Sk.Tampasak dan KTBM untuk mengadakan program ini.Untuk pengetahuan umum, kebetulan semasa program ini berlangsung, Kami telah menerima kunjungan Khas dari Skuad Guru Besar sekitar telupid yang diketuai oleh Pensyarah Universiti Malaysia Sabah yang telah sudi untuk meninjau aktiviti yang sedang berlangsung.

Atas sebab kurang ahli bertindak,maka,pada kali ini, dokumentasi dalam bentuk foto tidak begitu banyak. tetapi terdapat sedikit gambar yang sempat kami rakamkan dan akan kami kongsikan dalam entry kali ini.

This slideshow requires JavaScript.

kami memohon kemaafan sekiranya terdapat kecacatan dan kelemahan sepanjang kami mengendalikan Kem Motivasi kali ini, tetapi yang pasti kami akan cuba untuk menanganinya dan memperbaikinya pada masa akan datang.

Sekian Terima Kasih.

2 views0 comments

Comments


bottom of page