top of page
Writer's pictureSK TAMPASAK KPM-SK-Admin

Kontraktor berjaya menyelesaikan isu bekalan elektrik terputus di bangunan rumah guru dan sekolah

21 Julai 2024 | Bangunan Solar SK Tampasak




6 Julai 2024, sekolah telah mengalami masalah bekalan elektrik terputus akibat terdapat "short circuit" di dalam bangunan sekolah yang menyebabkan breaker solar ditendang. Guru pembangunan (Cg. Russel Junior Julius) telah melaporkan isu tersebut kepada Syarikat Jong Sarat (Kontraktor Solar Hibrid) melalui En. Premedolin Asun. Sebagai langkah penyelesaian sementara, pihak kontraktor telah mengarahkan beliau untuk reset semula ELR system solar dan memasang semula breaker sekolah. Namun begitu, pada keesokkan harinya, 7 Julai 2024, isu yang sama terjadi kembali. Langkah yang sama telah diambil oleh guru pembangunan pada masa itu untuk memasang sementara bekalan elektrik ke sekolah sementara menunggu pihak kontraktor untuk datang dan menganalisis punca berlakunya isu tersebut.





Pada 9 Julai 2024, pihak kontraktor daripada Jong Sarat telah menghantar sebanyak 3 wakil ke sekolah untuk memantau dan mengenalpasti punca bekalan elektrik terputus-putus. Pada masa ini, pihak kontraktor telah memeriksa semua tiang-tiang elektrik bagi memastikan semuanya berada dalam keadaan yang baik. Namun pada masa itu, pihak kontraktor masih gagal menemukan punca sebenar isu tersebut.





19 Julai 2024, pihak kontraktor tiba di kawasan sekolah pada jam 2:25 pagi dan terus melakukan kerja-kerja penyelenggaraan. Pada masa itu, mereka telah berjaya menemukan punca sebenar masalah bekalan elektrik terputus-putus dan berjaya melakukan pembaikkan. Tambahan lagi, pihak kontraktor juga telah menyelenggara lampu-lampu jalan di kawasan sekolah yang telah lama rosak. Setelah pembaikkan selesai, sekolah tidak lagii mengalami masalah bekalan elektrik terputus-putus.



6 views0 comments

Comments


bottom of page