top of page
Writer's pictureSK TAMPASAK KPM-SK-Admin

Gotong Royong Madani Berjaya Menaik Taraf Kawasan Sekolah

Updated: Aug 3

13 Julai 2024 | Kawasan Sekolah SK Tampasak


Persatuan Ibu Bapa dan Guru SK Tampasak telah mengadakan gotong royong madani dengan tujuan untuk menghias kawasan sekolah. Sebelum gotong royong dijalankan, ibu bapa dan guru telah dibahagikan kepada 3 kumpulan berdasarkan kumpulan rumah sukan anak-anak / jagaan mereka. Seterusnya setiap kumpulan ditugaskan untuk menghias sebahagian kawasan sekolah yang telah ditentukan mengikut zon. Kumpulan Rumah Merah ditugaskan untuk menghias kawasan daripada pagar sekolah hingga ke blok B, Rumah biru ditugaskan untuk menghias kawasan daripada blok B hingga ke gelanggang serbaguna sekolah dan rumah kuning ditugaskan untuk menghias kawasan daripada gelanggang rumah sukan sehingga kantin sekolah.


Setiap rumah sukan telah diperuntukkan sebanyak RM300 untuk tujuan pembelian bahan-bahan dan peralatan yang akan digunakan sepanjang gotong royong. Tambahan lagi, pihak PIBG juga telah bersetuju untuk membeli 5 jenis cat (Merah, Biru, Kuning, Hitam dan Putih), beberapa berus cat dan juga peralatan makan dan minum untuk digunakkan oleh semua pihak sepanjang gotong royong berjalan.


Kumpulan rumah merah telah berjaya mencantikkan kawasan depan pintu masuk dewan terbuka solar dan juga membaik pulih kolam mini yang telah retak. Tambahan lagi, kawasan jalan raya juga berjaya dicantikkan oleh wakil kumpulan merah dengan menanam beberapa jenis bunga dan juga mencat batu-batu perhiasan.



Kumpulan rumah biru berjaya memperbaiki kolam mini yang terletak di belakang blok B dengan menampal beberapa kerosakkan dan juga mencat batu-batu perhiasan di sekeliling kolam. Tambahan lagi, rumah biru juga berjaya mengecat semula pagar-pagar perhiasan di hadapan blok B. Akhir sekali, kumpulan ini juga berjaya mengecat semula pondok rehat yang terdapat di hadapan blok B.




Kumpulan rumah kuning pula telah menanam sebarisan bunga perhiasan di sepanjang pagar berdekatan dengan gelanggang. Tambahan lagi, mereka juga telah memasang papan tanda di kawasan mereka yang digunakan sebagai perhiasan.




Berdasarkan pembahagian ini, seramai lebih kurang 40 orang ibu bapa dan guru telah bersama-sama menghias kawasan sekolah yang telah ditentukan. Kerjasama yang ditunjukkan oleh ibu bapa semasa gotong royong ini amatlah hebat dan boleh dijadikan contoh bagi program-program sekolah akan datang. Selain daripada ibu bapa dan guru, murid-murid juga turut serta dalam menjayakan gotong royong ini. Tambahan lagi semasa gotong royong ini berjalan. Pihak PIBG juga telah meneruskan kerja-kerja membaik pullih dan menaik taraf pondok lama yang telah usang di kawasan sekolah.


Setelah selesai gotong royong ini, semua ibu bapa telah menjamu selera dengan makanan dan minuman yang telah dibawa secara pot-luck ke sekolah. Terdapat pelbagai masakan-masakan tradisi yang telah dibawa oleh ibu bapa dan semuanya sangatlah enak.


Akhir sekali, pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ibu bapa yang telah meluangkan masa untuk bersama-sama dengan pihak sekolah untuk menaik taraf lagi kawasan sekolah kita demi kesejahteraan murid-murid.


Galeri Gambar Sepanjang Gotong Royong berjalan

28 views1 comment

1 commentaire


iapsocoi
iapsocoi
17 juil.

Semoga kita dapat anjakkan iklam sekolah ini daripada yang biasa biasa ke suatu tahap iklam yang mampu bersaing dan tidak dipandang terke bawah oleh sekolah-sekolah lain. Pelan-pelan kita berdayung, tidak perlu gopoh, yang terpenting setiap tindakan kita adalah Konsisten dan berbuah. Kuri Tokoh, Payu Tokoh... Lets works together...all the best.

J'aime
bottom of page