top of page
Writer's pictureRussel Junior Julius

Kontraktor Kota JS Melawat Sekolah Untuk Tinjauan Awal Penyelenggaraan berjumlah RM398,998

Updated: Aug 10

2 Ogos 2024 | SK Tampasak


Yee Soon, seorang arkitek daripada JS Kota telah melawat sekolah, diiringi Guru Besar, Iap bin Guduh dan juga Guru Pembangunan, Russel Junior Julius. Lawatan ini dilakukan untuk tujuan meninjau kerja-kerja penyelenggaraan yang bakal dilakukan ke atas bangunan-bangunan sekolah. Antara aspek yang telah ditinjau termasuklah tingkap-tingkap kelas, silingn dan atap bangunan, lantai yang telah reput dan juga ruang penyenggaraan pada Blok B.

Beberapa cadangan telah dilakukan oleh pihak sekolah kepada pihak kontraktor termasuklah penggantian tingkap-tingkap di kelas dan juga pembinaan bilik guru baharu di ruang penyenggaraan. Kerja-kerja pembaikkan dijangka akan bermula pada pertengahan bulan Ogos 2024 dan dijangka mengambil masa 2 bulan untuk selesai.

13 views0 comments

Comentarios


bottom of page